Wednesday 28 March 2018



Image result for perfume 30ml

30ml


Image result for perfume 10ml

10ml






PERNIAGAAN DAN KEUNTUNGAN


30 botol X RM69 (100ml) – (30 botol X RM50 +RM8)

30 botol X RM45 (50ml) – (30 botol X RM33 +RM8)


RM2070 – RM1508 = RM3420

RM1350 – RM998 = RM2506

=RM914

Tuesday 27 March 2018

KEMAHIRAN PENGURUSAN YANG PERLU DIKENALPASTI PADA SETIAP INDIVIDU



JENIS KEMAHIRAN:

v Kemahiran masa – kemampuan untuk menggunakan masa dalam melakukan aktiviti mengikut tempoh yang ditetapkan.

v Kemahiran konsep – kemampuan untuk melihat organisasi/syarikat secara menyeluruh,berfikir secara abstrak,mengenalpasti dan menganalisis masalah dari segi organisasi,melihat jauh ke hadapan dan dapat menghubung kaitkan setiap jabatan dalam organisasi.                         
                  
v Kemahiran teknikal – kemampuan untuk menggunakan kepakaran,pengetahuan dan peralatan untuk melakukan kerja khusus dalam bidang tertentu.

v Kemahiran manusia – kemampuan untuk berkomunikasi,memberi motivasi,mempengaruhi orang lain,menyuarakan pendapat dan arahan dengan jelas.

v Kemahiran membuat keputusan – kemampuan untuk memilih alternatif terbaik dengan menggunakan kaedah membuat keputusan yang sesuai seperti statistik deskriptif,analisis sebab akibat dan sebagainya.


TAHAP PENGURUSAN



NUR BALQIS BINTI SUHAIMI 

(CEO SYARIKAT)

menyelaras organisasi secara keseluruhan serta bertindak sebagai pembuat keputusan akhir dalam perniagaan perfume.


AIMI MAJIDAH BINTI MOHD SHUKRI
(PENGURUS KEWANGAN)

membuat kunci kira kira, merangka perbelanjaan dan belanjawan serta mengatur strategi kewangan perniagaan secara keseluruhan.

NADIA AQILAH BINTI NOOR ANUAR
(PENGURUS PEMASARAN)

Penggerak kepada usaha memasarkan perfume yang dihasilkan. mengkaji aspek citarasa pelanggan dan merangka objektif pemasaran yang berkesan

NURUL NAIMAH BINTI SHAHRUL ANUAR
(PENGURUS OPERASI)

Bertanggungjawab mengatur dan mentadbir bahagian operasi syarikat. merupakan pengurus terpenting dalam syarikah muggel perfume. 



LIABILITI DAN KONSEP



Liabiliti merupakan sesuatu yang anda berhutang padanya seperti pembayaran kad kredit yang belum dijelaskan, pinjaman untuk pembayaran kenderaan dan perumahan. Liabiliti mengurangkan pendapatan anda untuk setiap bulan dan tahun.

Jenis Liabiliti

A) LIABILITI SEMASA
Boleh dijelaskan dalam satu tempoh perakaunan.
Contoh: Pemiutang, Overdraf bank, Hasil terdahulu

B) LIABILITI BUKAN SEMASA
Dijelaskan dalam tempoh lebih dari satu tahun kewangan.
Contoh: Gadai janji, pinjaman bank



PEMILIKAN PERKONGSIAN





Pemilikan Perniagaan(Perkongsian)



PERNIAGAAN PERKONGSIAN

Perniagaan perkongsian adalah satu bentuk lesen kebenaran menjalankan perniagaan yang diberikan oleh Suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM) kepada lebih dari seorang pemilik untuk satu tempoh tertentu.


PEMILIK

Pemilik untuk perniagaan perkongsian ialah minimum dua orang pemilik dan maksimum 12 orang pemilik. Pemilik-pemilik ini merupakan rakan kongsi dalam perniagaan perkongsian. Contohnya, kami menjalankan perniagaan perkongsian produk perfume dan pemilik perniagaan ialah 4 orang.



KEBAIKAN PERKONGSIAN

1)Berkongsi kerja dan berkongsi modal
2)Keputusan akan jadi lebih baik melalui pandangan rakan kongsi.
3) Sumber kewangan yang lebih dari gabungan rakan kongsi.

KEBURUKAN PERKONGSIAN

1)Bertanggungjawab ke atas keputusan yang di buat oleh rakan kongsi.
2) Risiko dan hutang perniagaaan akan di tanggung dari setiap tindakan rakan kongsi.
3) Perselisihan faham dan pertikaian mudah berlaku di antara rakan kongsi.









PERANCANGAN PRODUK DAN HARGA


        
     Perancangan produk adalah di mana sebelum sebelum memasarkan produk untuk di jual ianya perlu mempunyai idea dan perancangan supaya dapat memperkenalkan produk dengan lebih teratur.


    
    Amalkan konsep 4p

   Untuk mengkukuhkan lagi sesebuah perniagaan kita boleh amalkan konsep 4p iatu:


1-Place.
       Tempat  ataupun tapak untuk memulakan perniaagan. Jika berniaga online hanya perlu ada domain dan hosting sebagai tapak perniaagaan. Pada zaman era globalisasi , ramai usahawan sekarang ini menggunakan blog ataupun website untuk menjalankan perniagaan 


2-   Product
     Aktivti pemasaran tak akan wujud jika tidak dimulakan dengan merangka apakah produk yang dijual. 



3-Promotion

         Setelah mempunyai produk, tapak perniagaan dan harga produk . kita perlulah mempromosikan produk kita di pasaran . promosi adalah sangat penting dalam perniaagaan kerana jika tiada promosi bagaimana pelanggan nak tahu akan kewjujudan produk kita.

4- Price

Harga juga merupakan salah satu faktor penting dalam pemasaran.