Wednesday 28 March 2018



Image result for perfume 30ml

30ml


Image result for perfume 10ml

10ml






PERNIAGAAN DAN KEUNTUNGAN


30 botol X RM69 (100ml) – (30 botol X RM50 +RM8)

30 botol X RM45 (50ml) – (30 botol X RM33 +RM8)


RM2070 – RM1508 = RM3420

RM1350 – RM998 = RM2506

=RM914

Tuesday 27 March 2018

KEMAHIRAN PENGURUSAN YANG PERLU DIKENALPASTI PADA SETIAP INDIVIDU



JENIS KEMAHIRAN:

v Kemahiran masa – kemampuan untuk menggunakan masa dalam melakukan aktiviti mengikut tempoh yang ditetapkan.

v Kemahiran konsep – kemampuan untuk melihat organisasi/syarikat secara menyeluruh,berfikir secara abstrak,mengenalpasti dan menganalisis masalah dari segi organisasi,melihat jauh ke hadapan dan dapat menghubung kaitkan setiap jabatan dalam organisasi.                         
                  
v Kemahiran teknikal – kemampuan untuk menggunakan kepakaran,pengetahuan dan peralatan untuk melakukan kerja khusus dalam bidang tertentu.

v Kemahiran manusia – kemampuan untuk berkomunikasi,memberi motivasi,mempengaruhi orang lain,menyuarakan pendapat dan arahan dengan jelas.

v Kemahiran membuat keputusan – kemampuan untuk memilih alternatif terbaik dengan menggunakan kaedah membuat keputusan yang sesuai seperti statistik deskriptif,analisis sebab akibat dan sebagainya.


TAHAP PENGURUSAN



NUR BALQIS BINTI SUHAIMI 

(CEO SYARIKAT)

menyelaras organisasi secara keseluruhan serta bertindak sebagai pembuat keputusan akhir dalam perniagaan perfume.


AIMI MAJIDAH BINTI MOHD SHUKRI
(PENGURUS KEWANGAN)

membuat kunci kira kira, merangka perbelanjaan dan belanjawan serta mengatur strategi kewangan perniagaan secara keseluruhan.

NADIA AQILAH BINTI NOOR ANUAR
(PENGURUS PEMASARAN)

Penggerak kepada usaha memasarkan perfume yang dihasilkan. mengkaji aspek citarasa pelanggan dan merangka objektif pemasaran yang berkesan

NURUL NAIMAH BINTI SHAHRUL ANUAR
(PENGURUS OPERASI)

Bertanggungjawab mengatur dan mentadbir bahagian operasi syarikat. merupakan pengurus terpenting dalam syarikah muggel perfume. 



LIABILITI DAN KONSEP



Liabiliti merupakan sesuatu yang anda berhutang padanya seperti pembayaran kad kredit yang belum dijelaskan, pinjaman untuk pembayaran kenderaan dan perumahan. Liabiliti mengurangkan pendapatan anda untuk setiap bulan dan tahun.

Jenis Liabiliti

A) LIABILITI SEMASA
Boleh dijelaskan dalam satu tempoh perakaunan.
Contoh: Pemiutang, Overdraf bank, Hasil terdahulu

B) LIABILITI BUKAN SEMASA
Dijelaskan dalam tempoh lebih dari satu tahun kewangan.
Contoh: Gadai janji, pinjaman bank



PEMILIKAN PERKONGSIAN





Pemilikan Perniagaan(Perkongsian)



PERNIAGAAN PERKONGSIAN

Perniagaan perkongsian adalah satu bentuk lesen kebenaran menjalankan perniagaan yang diberikan oleh Suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM) kepada lebih dari seorang pemilik untuk satu tempoh tertentu.


PEMILIK

Pemilik untuk perniagaan perkongsian ialah minimum dua orang pemilik dan maksimum 12 orang pemilik. Pemilik-pemilik ini merupakan rakan kongsi dalam perniagaan perkongsian. Contohnya, kami menjalankan perniagaan perkongsian produk perfume dan pemilik perniagaan ialah 4 orang.



KEBAIKAN PERKONGSIAN

1)Berkongsi kerja dan berkongsi modal
2)Keputusan akan jadi lebih baik melalui pandangan rakan kongsi.
3) Sumber kewangan yang lebih dari gabungan rakan kongsi.

KEBURUKAN PERKONGSIAN

1)Bertanggungjawab ke atas keputusan yang di buat oleh rakan kongsi.
2) Risiko dan hutang perniagaaan akan di tanggung dari setiap tindakan rakan kongsi.
3) Perselisihan faham dan pertikaian mudah berlaku di antara rakan kongsi.









PERANCANGAN PRODUK DAN HARGA


        
     Perancangan produk adalah di mana sebelum sebelum memasarkan produk untuk di jual ianya perlu mempunyai idea dan perancangan supaya dapat memperkenalkan produk dengan lebih teratur.


    
    Amalkan konsep 4p

   Untuk mengkukuhkan lagi sesebuah perniagaan kita boleh amalkan konsep 4p iatu:


1-Place.
       Tempat  ataupun tapak untuk memulakan perniaagan. Jika berniaga online hanya perlu ada domain dan hosting sebagai tapak perniaagaan. Pada zaman era globalisasi , ramai usahawan sekarang ini menggunakan blog ataupun website untuk menjalankan perniagaan 


2-   Product
     Aktivti pemasaran tak akan wujud jika tidak dimulakan dengan merangka apakah produk yang dijual. 



3-Promotion

         Setelah mempunyai produk, tapak perniagaan dan harga produk . kita perlulah mempromosikan produk kita di pasaran . promosi adalah sangat penting dalam perniaagaan kerana jika tiada promosi bagaimana pelanggan nak tahu akan kewjujudan produk kita.

4- Price

Harga juga merupakan salah satu faktor penting dalam pemasaran.




PERNIAGAAN DAN MASYARAKAT



   Menyediakan pekerjaan kepada masyarakat

     Sesetengah masyarakat menjana pendapatan melalui perniagaan . masyarakat yang hendak bekerja boleh memilih sama ada hendak membuka perniagaan sendiri ataupun bekerja di dalam organisasi perniagaan.


                              Meningkatkan pembangunan

Jika ingin mencari pelaburan  dari pelabur – pelabur dari luar negara ataupun dalam negara , pihak yang bertanggujawab perlu menambah baik infrastruktur negara. Contohnya jalan raya, bekalan air di dalam sesuatu supaya dapat menarik pelabur untuk membuat pelaburan dengan cara ini secara tak langsung ianya membawa kesan kepada pembangunan infrastruktur dan masyarakat yang terlibat dalam perniagaan.

             
   
      Peranan  perniaagaan terhadap masyarakat :

1-   Menyediakan barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarkat

2-   Menyediakan peluang pekerjaan .

3-   Meningkat kemudahan infrastruktur sperti jalan raya perhuungan, taman rekreasi dan lain – lain

4-   Melibatkan dalam aktiviti social seperti menderma, membuat tajaan dan lain- lain.




Monday 26 March 2018

OBJEKTIF, VISI DAN MISI




OBJEKTIF
·         Memastikan pennguna merasa puas hati dengan minyak wangi yang dihasilkan.
·         Mementingkan kehedak dan keperluan pengguna pada masa kini.
  • ·         Menarik perhatian pelanggan dengan keistimewaan atau kelainnan yang ada dalam minyak wangi ini berbanding dengan minyak wangi yang sedia ada dalam pasaran.


VISI
·         Sentiasa mengutamakan bahan yang digunakan didalam minyak wangi ini tiada bahan-bahan yang membahayakan pengguna.
·         Memastikan produk yang dikeluarkan boleh digunakan setiap golongan pengguna
·         Mengeluarkan wangian yang tahan lama dan menjadiakan si pemakai sentiasa merasa segar sepanjang hari.

MISI
·         Sentiasa menjaga kualiti bahan produk yang digunakan dalam menghaliskan minyak wangi.
·         Terus memperbaiki setiap kelemahan dan kekurangan yang terdapat dalam m=produk yang dihasilkan.
·         Melakukan pemeriksaan terhadap produk yang dikeluarkan agar kualiti produk terus terjamin.

DEFINISI




 Matlamat syarikat kami ialan ingin mengeluarkan atau menghasilkan satu produk yang berguna untuk pengguna dan masyarakat. Kami telah memilih satu produk yang tidak hanya tertumpu pada golongan terentu, tapi akan memastikan produk yang dihasilkan ini berguna atau boleh diguna pakai untuk setiap golongan pengguna.

Kami telah memilih minyak wangi atau perfume untuk produk kami. Tujuan kami produk ini kerana ramai masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia juga menggunakan minyak wangi. Penggunaan minyak wangi ini sudah menjadi penggunaan harian. Selain itu, penggunaan minyak wangi ini tidak tertumpu pada kepada beberapa golongan tetepi hampir setiap golongan menggunakanya tidak kira lelaki, wanita, remaja, dan dewasa.

     Sedia kita maklum minyak wangi memang sudah lama  berada didalam pasaran, tetapi kebanyakan perfume yang berada dipasaran hanya tertumpu pada gologan tertentu dan ada kala harga yang ditawarkan adalah sangat mahal. Kami mendapati perkara ini berlaku kerana fakor kualiti, reka bentuk botol serta jenama minyak wangi tersebut, tidak dapat dinafikan barang yang berkualiiti dan berjenama biasanya harga yang titawarka adalah sangat tinggi berbanding barangan yang biasa.

       Setelah melihat dari selruh aspek kami cuba untuk mengeluarka satu perfume yang lain dari pada yang sedia ada, dimana apabila oengguna melihat produk kami mereka jadi tertarik untuk  membeli. Maka dari itu kami cuba untuk menghasilkan perfume yang berkualiti, mampu milik, tahan lama serta bau yang bersesuan untuk setiap lapisan golongan pengguna atau masyarakat.
Kami juga ingin memastikan minyak wangi tidak mempunyai masalah seperti:
  •     Bau yang sangat kuat.
  •    Bau yang boleh menyebabkan orang lain yang terhidu merasa tidak selesa.
  •     Bau yang tidak tahan lama.


      Masalah tersebut sering berlaku apabila kita menggunakan minyak wangi, maka kami cuba untuk menangani masalah tersebut dengan menghasilkan perfume yang bersesuaian dengan kehendak pengguna pada masa kini.

       Maka dari itu kami akan cuba menghasilkan sebuah wangian yang mengeluakan bau yang menengangkan dan segar agar apabila pengguna memakainya akan sentiasa merasa dalam keadaan yang selesa, serta dapat mengurangkan masalah bau badan. Secara tidak langsung perkara ini akan dapat menaikan keyakinan diri sesorang untuk berhadpan dengan orang ramai apabila badan sentiasa segar.

       Selain dari mrenghasilkan wangian yang lembut dan menyegarkan kami juga akan memastikan wangian yang dihasilkan itu sesuai untuk setiap golongan sama ada lelaki mahupun wanita. Kami juga akan menitik beratkan mengenai bahan yang bakal digunakan dalam wangian tersebut terutama dari aspek halal, dengan itu kami akan memastikan minyak wangi yang dihasilkan ini adalah mesra wuduk agar tidak menyukarkan pengguna.

       Selain itu, kami juga akan memastik botol yang dihasilkan atau digunakan itu mengikut cita rasa pengguna pada masa kini, dalam hal ini kami akan memastikan botol minyak wangi itu bukan sahaja kelihtan cantic, menarik tetapi ianya juga mudah untuk dibawa kemana sahaja. Ini kerana masyarakat pada masa kini ingin sesuatu yang mudah. Maka kami akan menyediakan pelbagai jenis saiz botol yang bakal memudahkan untuk menyimpannya dan mudah untuk dibawa.
Minyak wangi yang kami haslkan ini lebih mentingkan kepada kehendak pengguna kerana dizaman moden ini ramai pengguna menginginkan sesuatu yang mudah. Seperti yang sedia maklum penggunaan minyak wangi sudah menjadi sesuatu yang mesti dipakai sebelum keluar dari rumah. Kami juga akan memastikkan minyak wangi tersebut bukan saja boleh tinggal dirumah tetapi boleh dibawa kemana saja.
Maka minyak wangai yang kami hasilkan ini, akan memudah setiap pengguna untuk menggunakannya. Kami juga akan memastikan minyak wangi yang dihasilkan ini mempunyai kualiti yang tinggi serta standing dengan semua produk wangian yang sedia ada didalam pasan. Kami akan memastikan minyak wangi yang dihasilkan mempnyai keistimewaan dan kelainannya yang tersendiri berbanding dengan minyak wangi lain yang sedia ada. Kami juga akan memastikan haga yang titawarkan adalah mampu milik serta tidak membebamkan pembeli.